Wednesday, December 11, 2013

What life is actually about !

Sekarang aku tahu macam mana hidup selepas berkahwin. Ramai cakap kawin ni seronok tapi sebenarnya langsung tidak. seronok nya adalah masa akad nikah dan bersanding then lepas seminggu tu dah tak seronok dah. bila ada pergaduhan atau perselisihan faham memang sangat menyedihkan. aku tak ada tempat nak mengadu. nak bercerita dengan mak aku pun nanti dia salahkan aku balik. so better diamkan diri je. Hari ni suami aku langsung tak balik. tidur rumah mak dia katanya. dia tak balik pun sebab  semalam parents aku marahkan aku sebab naik motor and keluar. aku tahu kenapa parents aku marah sebab dorang risau apa2 jadi kat aku and baby aku. then dia pulak mengamuk kat aku sebab aku taknak ikut dia pergi rumah dia. sia cakap kat aku dia tak akan kerja kalau aku ikut dia. tapi aku taknak tertipu lagi. dia akan tinggalkan aku kat rumah mak dia then dia akan pergi ke kerja. so aku duduk lah kat rumah walaupun kena marah dengan semua orang . aku tidur sampai lah pukul 3 pagi then aku call dia tanya kat mana dia kata kat tempat kerja. then pukul 6.30 aku call lagi. dia cakap dia kat rumah mak dia. bila aku tanya dia balik atau tidak dia cuma cakap tak tahu.Hati siapa yang tak sedih. Dengan keadaan aku yang sarat mengandung macam ni ! Kalau apa2 jadi kat aku macam mana lah agaknya ye? takpe lah. mungkin dah hidup aku macam ni. so aku face it aje lah. =(